©2018 Учебные документы
Рады что Вы стали частью нашего образовательного сообщества.

penindikan - Ta (tO) huruf ke-16 abjad Arab (mempunyai nilai sembilan); 2


penindikan

perihal atau perbuatan menindik: ~ cuping telinga anak perempuannya.

tindis; menindis, menindisi 1.

meletakkan sesuatu di atas, menindih: kertas-kertas itu ditindisi dgn sebuah batu;

2

. menekan, menimpa, menindas: drpd pandangan yg dilayangkannya itu, aku bisa menangkap kemurungan yg sedang ~ jiwanya;

tertindis

tertekan, tertindih: ~ perasaan.

ting

bunyi spt loceng kecil (wang logam jatuh ke lantai dll).

Ting.

kep Tingkatan: ~ 4.

tinga

Mn kurang pendengaran.

tingau I

sj jarum drpd buluh atau tanduk utk menyirat (merajut) jala, cuban.

tingau II

sj tumbuhan (pokok), ceremai burung (hantu), galan, sekincak, selusuh, tingas, tinjau, Leptonychia heteroclita (glabra).

tinggal I 1.

diam (di), menetap: sejak dr kecil lagi ia ~ di bandar itu; saya ~ di rumah ayah saudara saya;

2

. terus berada di (tidak berundur dr), masih ada (di sesuatu tempat): saya tidak boleh ~ lama di sini kerana banyak kerja di rumah; esok siapa mahu ~, ~lah, saya mahu pergi juga;

3

. yg ada lagi, bakinya, berbaki, bersisa: setelah ditolak segala perbelanjaan ~ tiga puluh ringgit sahaja; kuih yg dihidangkan habis dimakannya, tidak ada yg ~;

4.

terkebelakang (drpd orang lain dll), ada di belakang, tidak turut maju (naik darjah dll): mereka semua terus maju ke hadapan, kita juga yg ~; murid yg lulus dlm peperiksaan dinaikkan darjah, yg gagal ~;

5.

sudah berlalu (lampau), tidak berlaku atau kedapatan lagi (bkn peristiwa, keadaan hidup, dll): corak masyarakat yg kuno itu sudah ~, diganti dgn cara hidup yg moden;

6.

tetap (kekal, selalu) spt hal atau keadaannya yg sedia (yg demikian): akibatnya yg kaya bertambah kaya dan yg miskin ~ miskin; tidak ~ tidak selalu (sentiasa);

7.

mengabaikan, melalaikan, melupakan, mencuaikan: ia sangat beribadat orangnya dan tidak ~ sembahyang; tidak ~ tidak mengabaikan:

8.

hanya perlu ..., tidak payah membuat apa-apa kecuali ...: persediaan menyambut hari raya sudah siap, ~ menanti harinya sahaja;

9.

terpulang (terserah, terletak) pd, bergantung pd: kata putus mengenai perkara ini ~ pd pengurus syarikat;

10.

yg didiami (diduduki); rumah (tempat) ~ rumah (tempat) yg didiami;

11.

yg dikosongkan (ditinggalkan): maka adalah kelakuan negeri itu spt negeri ~, sunyi tiap-tiap kedai dan pasarnya; ladang ~;

~ arwah sudah meninggal; ~ baka yg ada hanya keturunan; ~ tulang sangat kurus;

bertinggal

= ~ kata berpesan (sebelum berangkat);

meninggal =

~ dunia kembali ke rahmatullah, mati: ayahmu yg telah ~ itu janganlah dikenangkan sangat;

meninggali 1.

menduduki, mendiami: rumah itu sekarang ditinggali oleh cucu-cicitnya;

2

. membiarkan tinggal sesuatu (utk), memberi pusaka: Raja Umar ditinggali baginda belanja emas urai empat kati;

meninggalkan 1.

membiarkan (mendiamkan) sahaja pd tempatnya (keadaannya dll), tidak membawa pergi: mereka terpaksa ~ anak isteri di kampung utk pergi ke bandar mencari pekerjaan;

2

. pergi dr, berundur dr, menjauhkan diri dr: ia mula ~ tempat itu; kereta api bergerak semula ~ stesen Seremban menuju Kuala Lumpur;

3

. membiarkan berbaki, menyisakan: tidak dihabiskan makanan itu, ditinggalkan sedikit utk anaknya;

4.

memberi (kpd), mewariskan, memberi (bekas-bekas, kesan, dll), mengakibatkan: ~ pesanan; ~ harta; sindiran itu begitu tajam sehingga ~ kesan yg dalam di hatinya;

5.

membiarkan sahaja (tidak mengambil, mempergunakan, dll), melepaskan (peluang, kesempatan, dll): sekarang aku berasa kesal kerana ~ peluang baik itu dahulu;

6.

sudah melebihi (melampaui, melewati, mendahului, mengatasi): dlm banyak lapangan, bangsa lain telah ~ bangsa Melayu; dlm menguruskan perkara perkahwinan saudara-mara tidak baik ditinggalkan;

7.

tidak memasukkan ke dlm pertimbangan (perkiraan dll), mengetepikan, mengesampingkan: kerana kesuntukan masa, beberapa acara dlm perayaan itu terpaksa ditinggalkan sahaja; ia hanya menyebut masalah-masalah besar dan ~ yg kurang penting;

8.

membuang (adat dll), tidak memakai atau menjalankan lagi (peraturan, faham, cara, dll), meletakkan (mengosongkan) jawatan dll: penyajak ini sudah ~ bentuk syair sama sekali; pernah kedapatan gadis bangsa asing ~ agama mereka kerana mengikut laki-laki bangsa kita;

9.

tidak mempedulikan atau mengendahkan (kewajiban dll), mencuaikan (mengalpakan, melalaikan): ~ kewajiban;

tertinggal 1.

terbiar pd tempatnya dll (kerana tidak dibawa sama, tidak hilang, dll): ia terpaksa pulang kerana khuatir akan anaknya yg sudah lama ~ di rumah;

2.

terkebelakang (kerana tidak dapat mengejari atau menyaingi), tercicir: tidak berapa lama kemudian, hilanglah sudah kapal itu ~ di belakang;

3.

terdapat sbg baki drpd sesuatu, tersisa: kerana banyak jemputan tidak hadir, banyak makanan yg ~ begitu sahaja;

4.

terabai, terbengkalai: banyaklah kerja-kerja yg ~ kerana pekerja-pekerja baru itu tidak dapat menghabiskannya;

tinggalan 1.

sesuatu yg ditinggalkan: wang ini sahajalah ~ ayahnya;

2.

sisa;

3.

ark =

peninggalan;



ketinggalan 1.

yg tinggal baki, kelebihan, sisa: belum dijelaskan semua hutangnya, masih ada~;

2.

tertinggal (dgn tidak sengaja), tidak dibawa dll (kerana terlupa, khilaf, dll), kelupaan: rokokku tidak ada dlm saku, ~ di kereta;

3.

terbelakang (dlm pelajaran, kemajuan, dll), tercicir: apabila sudah khayal tentulah mereka akan ~ dlm pelajaran;

4.

(telah) ditinggalkan oleh (bas, kereta api, dll): kami ~ bas dan sampai di sana lewat setengah jam;

5.

= ~ zaman tidak seimbang (sesuai) dgn keadaan (kebiasaan dll) zaman: sikapnya tidak membenarkan anak perempuannya bersekolah agak ~ zaman; tidak ~ tidak alpa, (lalai, lengah), tidak mahu terbelakang (melakukan sesuatu): ia tidak pula ~ drpd menolong ibu bapanya;

peninggalan 1.

sesuatu yg ditinggalkan, pusaka, warisan: ~nya, sebuah buku, sekarang ini terletak di hadapan saya di atas meja; harta ~ harta pusaka;

2.

=

sepeninggalan

seberangkatan, sepemergian, sesudah matinya: sepeninggalannya, agama Islam telah tersebar di Samudra;

3.

sesuatu sisa atau bekas dr zaman dahulu (purbakala): saya lihat ada sebuah kota batu besar ~ kerajaan Hindu atau Islam agaknya;

peninggal 1.

=

sepeninggal

setelah (berangkat, berlalu), seberangkat, sepergi: adapun ~ aku keluar ini hendaklah engkau mengatur perang; sepeninggalnya datanglah adiknya;

2.

=

sepeninggal

setelah meninggal (mati): sepeninggal Suyono beredar mata Leman melihat ke dinding lantaran malu:

3.

sl yg ditinggalkan, pusaka: maka datanglah Raja Kida Hindi dgn pelbagai permata ~ datuk neneknya.

tinggal II;

burung ~ anak sj burung, Cranorrihunus corrugatus.

tinggam

Mn ark sj ilmu (jampi-jampi) utk menjadikan orang sakit (bengkak-bengkak dll) dgn mencucukkan duri ekor pari pd gambarnya;

meninggam

mengenakan tinggam.

tinggang

sj ikan darat, kenderap, kenjing, Bagarius bagarius.

tinggi 1.

besar jaraknya di bahagian bawah (tapaknya), jauh ke atas (di atas), lwn rendah: bangunan tersebut dibina di suatu tempat yg ~; kapal terbang pengebom jenis ini dapat terbang ~; dataran (tanah) ~ dataran (tanah) yg permukaannya jauh ke atas dr permukaan laut;

2

. panjang (bkn bangun tubuh dll), lwn pendek: Hasan ~ orangnya; ~ pokok itu 20 kaki;

3

. hampir sampai ke tempat yg di atas sekali; matahari telah ~ sudah hampir setengah hari;

4.

luhur, mulia: kami berdoa agar tercapai cita-citanya yg ~; budi pekerti yg ~;

5

. peringkat atau tingkat atas (bkn pangkat, taraf, dll), sangat baik (mutu dll): mahkamah ~; jawatan ~; martabat ~; sekolah ~; barang-barang bermutu ~;

6

. sudah lanjut (umur); usia ~ sudah tua;

7.

mahal (harga dll), besar (perbelanjaan dll): pd masa harga getah ~ dahulu rakyat hidup mewah; sara hidup di Eropah lebih ~ drpd di Asia;

8.

sudah maju (kecerdasan, tamadun, dll), berada pd tingkatan atas (pelajaran, pengetahuan, dll): bertamadun ~; seni yg ~;

9.

angkuh, besar diri, sombong: cakapnya selalu ~; hidung ~ ki bongkak, sombong;

10.

halus dan keras (suara), muluk, nyaring: lagu yg ~ hendaklah dinyanyikan dgn suara yg ~;

~ hari hampir tengah hari; ~ hati megah, sombong; ~ rezeki tidak mudah mendapat rezeki;

~ disusupi, rendah dilangkahi = ~ disigai, besar ditebang prb dicari (disiasat) sehabis upaya; ~ kelepur, rendah tikam = ~ gelepur, rendah laga prb banyak cakap tetapi tidak ada buktinya; ~ lawak-lawak prb perihal hidup melampaui kemampuannya (kuasanya); awak rendah sangkutan ~ prb besar belanja drpd pendapatan; hendak ~ terlalu jatuh, hendak panjang terlalu patah prb orang yg hendak terlalu meninggikan dirinya jatuh (kecewa) juga akhirnya; (yg) ~ tampak jauh, yg dekat julung bersua prb pemimpin yg bertanggungjawab (yg mendapat pujian dan celaan);

meninggi 1

. menjadi tinggi, naik tinggi ke atas: pokok itu tumbuh membesar dan ~ dr sehari ke sehari;

2

. menjadi kuat dan nyaring (suara), muluk (suara): suara orang mengaji semakin ~;

3

. angkuh, sombong: cakapnya ~ sahaja;

4.

menghampiri atau hampir berada pd waktu tengah hari: hari semakin ~; ~ hari tinggi hari;

setinggi 1.

(hingga) sama tinggi, mencapai tinggi: air di kawasan rumah pengantin lelaki naik ~ 0.6 meter; pembangunan itu mengandungi sebuah bangunan pejabat ~ 28 tingkat;

2.

seberapa tinggi: mereka dikatakan lebih berminat utk mendapatkan tawaran gaji ~ yg boleh; memang saya mahu mencipta nama ~ yg mungkin;

setinggi-tinggi 1.

seberapa banyak yg mungkin, tidak terhingga banyaknya, sebanyak-banyaknya: baginda mengucapkan ~ terima kasih kpd sekalian rakyat; beliau juga mengucapkan ~ tahniah dan penghargaan atas kejayaan sahabatnya itu;

2.

seberapa tinggi yg mungkin, paling tinggi: ~ terbang bangau, hinggap ke bubungan juga;

meninggikan 1.

menjadikan tinggi, menambahkan (mutu dll): bangunan itu telah ditinggikan lagi dua tingkat; kerajaan sedang berikhtiar ~ taraf pendidikan dan ekonomi rakyat;

2

. mengangkat (menyanjung) menjadi tinggi; ~ diri membesarkan diri;

3

. mengeraskan atau menguatkan (suara);

mempertinggi

menjadikan lebih tinggi; ~ tempat jatuh, memperdalam tempat kena prb sengaja membesar-besarkan kesalahan sendiri sehingga mendapat hukuman (kerugian) yg lebih berat;

ketinggian 1

. perihal tinggi, taraf (keadaan dsb) yg tinggi: pendidikan dapat membawa kpd kejayaan dan ~ kedudukan seseorang dlm masyarakat; sastera yg mengagungkan ~ budi;

2

. (tempat dll) yg lebih tinggi duduknya (letaknya): peti yg berisi jenazah itu diletakkan di tempat yg agak ~ di tengah aula;

3

. terlalu tinggi: dahan itu tidak dapat dicapainya kerana ~;

peninggian

perihal meninggikan, penambahan (mutu, pendapatan, dll).

tinggung; bertinggung, meninggung

duduk di atas tapak kaki dgn kaki berlipat dan punggung tidak diletakkan di lantai, bercangkung, berjongkok.

tingi

Jw sj kulit kayu yg dijadikan bahan cat utk mewarnai kain batik.

tingkah I

perbuatan yg ganjil-ganjil atau tidak patut, canda, olah, ragam: ia teringat-ingat ~ kawannya yg cepat menimbulkan marahnya tadi; banyak ~ banyak ragam; salah ~ berlaku tidak wajar; ~ laku (langkah, perangai) gerak-geri, kelakuan, perbuatan: ia disukai orang kerana kehalusan budi bahasanya dan kebaikan ~ lakunya;

bertingkah 1.

melakukan perbuatan yg ganjil-ganjil (buruk dll): monyet jenis ini suka ~;

2.

berbuat tidak wajar (yg bukan-bukan), berlaku ganjil: jangan kau ~ terhadapku kerana aku bukan anak kecil lagi; ~ laku berbuat berbagai-bagai laku, berlaku;

3.

=

bertingkahan

tidak sekata (seimbang, sehaluan) dgn, tidak sama nadanya dsb (dgn): memanglah ganjil dan sumbang kalau gong atau gendang ~ dgn dram.

tingkah II 1.

sj gendang;

2

. =

tingkahan

a) pukulan gendang dll yg mengiringi lagu, tarian, dsb; b) nyanyi (tepuk tangan dll) yg menyertai bunyi-bunyian;

bertingkah-tingkah, tingkah-meningkah

silih berganti, bersahut-sahutan, berselang-selangan: bunyi katak dan salakan anjing ~ memecah kesunyian malam;

meningkah, meningkahi 1.

memukul gendang dll menyelang (mengiringi) lagu atau bunyi lain;

2

. mengiringi (menyahut) lagu dll dgn bunyi lain (alat muzik, tepuk tangan, dll): suara nyanyian anak-anak perahu ditingkah oleh suara geseran rebab dan kecapi;

tingkahan

pukulan gendang, tingkah.

tingkah III; meningkah 1

. membalas (menjawab, menyahut) perkataan orang: “Aku tidak percaya”, katanya ~;

2

. menyelang (menyampuk, memotong) perkataan orang, membantahi: maafkan saya kerana ~ semasa tuan sedang bercakap tadi; ia berasa tersinggung kerana sahabatnya ~ pendapatnya.

tingkal;

garam ~ sj garam habluran berwarna putih yg dapat larut dlm air (digunakan utk pateri), boraks.

tingkalak

Mn sj alat menangkap ikan yg bentuknya panjang merunjung, sj lukah, tengkalak;

~ menghadap mudik, lukah menghadap hilir prb segala sesuatu menurut adat kelazimannya.

tingkap

lubang angin (di dinding rumah dll) yg boleh dibuka dan ditutup, jendela: jika banyak ~ banyaklah udara yg dapat keluar masuk;

~ kipas tingkap yg memakai ram-ram atau bidai (tabir); ~ magun a) tingkap pd bahagian atas dinding atau bumbung rumah dsb utk dimasuki angin atau cahaya, jendela langit; b) tingkap yg tetap dan tidak dibuka-buka pd perahu, kapal dsb, jendela langit; ~ panjang tingkap di sepanjang serambi (beranda); ~ penangguh tingkap di bahagian dapur rumah; ~ peranginan tingkap di bumbung utk dimasuki angin; ~ tela tingkap utk masuk cahaya utk menerangi tela atau ruang rumah;

meningkap

melihat dr tingkap;

tingkapan

tingkap kecil, lubang utk angin masuk.

tingkar

(Sunda);

meningkar

mengelilingi, mengepung.

tingkarah

Mn tengkarah.

tingkarang

Mn pecahan (periuk dll).

tingkarap  tengkarap.



tingkas;

nasi ~ nasi putih yg dibubuh nasi kunyit (yg berwarna lain) di sekelilingnya.

tingkat 1.

lapis drpd sesuatu benda (binaan dll) yg berbentuk bersusun-susun (bertindih-tindih, berlapis-lapis), lantai ketinggian, lenggek (bangunan), tumpuan (tangan dll): bangunan enam ~ itu akan siap hujung tahun ini; mangkuk ~ bekas yg bertindih-tindih dan dirangkaikan oleh pemegangnya, mangkuk tepen, siya; ~ peraduan lantai yg lebih tinggi letaknya utk tempat tidur;

2.

=

tingkatan

taraf kedudukan (jawatan, kemajuan, dll), darjat, kelas, pangkat, peringkat: jawatannya sekarang lebih tinggi ~nya drpd jawatan sebelumnya; kemajuan ekonomi negeri ini sudah mencapai tingkatan yg agak tinggi; ~ hidup taraf hidup;

3.

=

tingkatan

batas waktu, perenggan sesuatu kejadian (proses), takat: rancangan itu masih dlm ~ permulaan;

setingkat 1.

satu tingkat (tingkatan);

2.

= ~ dgn sama tingkatnya atau martabatnya dll (dgn), setaraf (dgn); ~ demi ~ sedikit demi sedikit (bertambah dll);

tingkat-tingkat

Mn pemijak kaki;

tetingkat

kepingan papan dsb tempat meletakkan buku (pakaian, kasut, dsb), rak, para;

bertingkat

ada tingkatnya, mempunyai tingkat;

bertingkat-tingkat 1

. berlenggek-lenggek, bersusun-susun, bertindih-tindih: bangunan-bangunan lama dirobohkan dan pd tempatnya didirikan bangunan yg ~;

2.

berkelas-kelas, berpangkat-pangkat, bertaraf-taraf: kebolehan kanak-kanak dlm pelajaran mereka ~ antara seorang dgn yg lain; kedudukan manusia dlm sesuatu masyarakat lazimnya ~;

3.

makin tinggi (naik, sukar, dll) sedikit demi sedikit: dlm tempoh sepuluh tahun pangkatnya naik ~ drpd askar biasa menjadi kapten;

meningkat 1.

menginjak (tangga dll) utk naik ke atas, memanjat (pokok dll), menaiki (basikal dll): sedang mentuanya membawa perian dan labu ke pancuran, Basanai ~ pintu itu;

2.

mencapai tingkat (angka dll), naik (meninggi, mengatas, dll), bertambah banyak (hebat, penting, dll): perbelanjaan utk pendidikan ~ dr setahun ke setahun; dgn ini jumlah kematian telah ~ ke angka 79 orang; keriangannya ~ dan ia berdiri memberi pidato tanpa rancangan;

3.

berubah dlm keadaan (masa dll) yg lain: apabila ~ dewasa anak itu menjadi seorang pahlawan muda yg gagah berani;

meningkat-ningkat 1.

terus meningkat (bertambah dll): keuntungan yg diperolehnya ~;

2.

menjadikan bertingkat-tingkat (berlapis-lapis, bersusun yg satu di atas yg lain);

meningkatkan

meninggikan kedudukan (taraf dll), membesarkan (pengeluaran dll), memperhebat: daya usaha ini akan ~ kemungkinan pertumbuhan ekonomi; kerjasama antara parti-parti komponen BN perlu ditingkatkan lagi;

~ diri membesarkan (mengangkat) diri;

mempertingkat

menjadikan lebih tinggi atau lebih besar lagi (kedudukan, taraf, mutu, hasil pengeluaran, dll), menjadikan lebih hebat (giat, erat, dll), memperhebat: peranan ~ mutu bahasa Melayu tidak terletak di bahu pengkaji dan peminat bahasa sahaja; sikap kejam Soviet itu telah menambah keazaman Mujahideen utk ~ perjuangan mereka;

tingkatan

tingkat, kelas, peringkat, perenggan, takat; ~ gaji peringkat (tingkat) gaji; orang ~ atasan orang kelas (golongan) atasan;

peningkatan

perbuatan (usaha dsb) meningkatkan atau mempertingkatkan: ~ daya pengeluaran; ~ hasil jualan; ~ mutu.

tingkep

Jw istiadat dan kenduri pd ketika orang mengandung tujuh bulan.

tingkil I; bertingkil-tingkil

bergugus-gugus, bergayut-gayut (buah-buahan).

tingkil II; bertingkil

= ~ hati berdendam, berdengki.

tingkir; bertingkir

bertenggek, bertengger.

tingkis;

~ hati bertingkil hati, berdendam, berdengki.

tingkrang

Jk ark;

mentingkrang

duduk dgn tidak senonoh (di kerusi dll).

tingkuh

Mn;

bertingkuh

berbantah, bertengkar.

tingting I

bunyi spt bunyi duit syiling berhantukan.

tingting II

sj permainan kanak-kanak yg dilakukan secara melompat-lompat dgn sebelah kaki di petak-petak tertentu yg dilukis.

tingtong

bunyi spt bunyi loceng.

tinja

Id tahi.

tinjak

ark pijak, hentakan kaki.

tinjau I;

~ karang sj anjung di perahu (utk melihat-lihat batu karang di laut);

bertinjau-tinjauan

tinjau-meninjau;

meninjau 1.

memerhatikan (melihat-lihat) sesuatu dr tempat yg tinggi atau dr jauh: dr tingkat atas bangunan itu ia ~ suasana bandar Kuala Lumpur yg sedang dirayapi malam; dia berdiri di pintu meninjau-ninjau ke keliling halaman dan di kejauhan;

2.

datang (berkunjung) utk melihat-lihat (mengamat-amati dll), mengunjungi (utk mengetahui sesuatu), melawat: ahli-ahli Parlimen diseru supaya selalu ~ kawasan mereka; ibunya selalu ~ ke rumahnya;

3.

mengawasi, mengintai, mengintip, menyiasat: pasukan peronda itu ditugaskan ~ gerak-geri penyeludup di sepanjang pantai negeri;

4.

memeriksa, mempelajari, meneliti, mengkaji: memang baik kalau kita ~ balik perkara-perkara yg akan memudahkan penyelesaian masalah itu; jika ditinjau dr sudut sastera dapat kita katakan karyanya bermutu; pegawai polis itu meninjau-ninjau buku hariannya;

5

. menyelidiki atau menyiasat (pendapat, fikiran, dll), menduga (hati, perasaan): tujuannya hendak ~ pendapat alim ulama mengenai masalah loteri; duduk meraut ranjau, tegak ~ jarah prb tidak berhenti-henti bekerja dgn teliti;

meninjau-ninjau

datang atau berkunjung utk mengetahui, mencari, melihat, mengenal pasti dsb sesuatu yg belum pasti kedapatannya: kemudian mereka ~ kampung di sini kalau-kalau boleh ditubuhkan cawangan baru; puas lelaki itu ~ di luar jendela, namun tiada siapa pun yg kelihatan;

tinjau-meninjau 1.

saling meninjau (lihat-melihat dll);

2.

mengamat-amati ke sana ke mari, mengawasi-awasi, berwaspada;

tinjauan 1.

perbuatan meninjau: sebelum membuat kesimpulan harus dijalankan suatu ~ utk mengetahui pendapat umum;

2.

hasil drpd meninjau, pandangan;

peninjauan 1.

perihal meninjau;

2.

tempat yg digunakan utk kerja meninjau;

peninjau

orang yg meninjau; pesawat ~ Id kapal terbang pengintip.

tinjau II;

~ belukar a) sj tumbuhan (pokok renek), ulai-ulai, Greenia corymbosa; b) sj tumbuhan (pokok), cemantung jantan, derumun hitam, jambu arang, medang kelawa (mendung, musang), Elaeocarpus paniculatus; c) ki menarik dipandang dr jauh tetapi tidak menarik jika dipandang dr dekat (bkn seseorang): dia ~ belukar sahaja, apabila dekat tidaklah secantik manapun.

tinju 1.

genggaman tangan (spt hendak menumbuk), penumbuk: kalau kau menghina aku, ~ku akan segera tiba di hidungmu; adu ~ Id = bermain ~ = peraduan (perlawanan) ~ perlawanan tumbuk-menumbuk; ahli (jago) ~ ahli dlm perlawanan tinju;

2.

pukulan (tumbukan) dgn genggaman tangan: kepalanya benjol-benjol kena ~ beberapa orang yg menyerangnya;

bertinju

bertumbuk;

meninju

memukul dgn tinju, menumbuk: setelah tertangkap ia ditinju, ditendang-tendang, dimaki-maki lalu diseret ke balai polis;

meninjukan;

~ tangan menggenggam (mengepal) tangan;

pertinjuan

perihal bertinju;

peninju 1.

tinju, penumbuk: ~nya diangkat ke atas tinggi-tinggi;

2.

orang yg meninju;

petinju

orang yg berlawan tinju, ahli tinju: ia bangga benar spt ~ yg menang di gelanggang.

tinta

dakwat, mangsi: dicecahkannya pena itu ke dlm ~ lalu ditulis namanya pd sekeping kertas;

~ cetak sj dakwat utk mencetak buku dll; ~ emas dakwat yg berwarna spt warna emas.

tinting I; meninting 1.

mengetuk (menghempaskan) wang logam hingga berbunyi (kerana hendak menguji palsu atau tidak);

2.

menggoncang-goncang nyiru dll utk memilih beras dll, mengetuk-getuk ayakan dll utk menapis tepung;

3.

ki meneliti (menapis, menimbang) salah benar atau buruk baik dll sesuatu: setelah ~ dan menimbang, ia rasa sudah sampai masanya ia menerangkan segala-galanya;

tintingan

tapisan, ayakan (pengayak).

tinting II

tingting I.



tinting III;

burung ~ sungai sj burung, binti-binti, raja udang, Alcedo meninting verrauxii.
?


skazka-soderzhanie-e--t--9.html

skazka-v-2-h-dejstviyah-2.html

skazka-v-dvuh-dejstviyah-.html

skazka-znamenitaya-kniga.html

skazki-dervishej---bet-11.html